Akaun bukuazmi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Tempahan Buku: Mudahnya Mengumpul Pahala & Bersedia Melawan Jin!

Tempahan Buku: Mudahnya Mengumpul Pahala & Bersedia Melawan Jin!

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah wbt.

SINOPSIS BUKU- MUDAHNYA MENGUMPUL PAHALA (Mutiara Hadis Rasulullah SAW):

Dalam Islam kita sedia maklum, setiap amalan akan dibalas di akhirat, samada baik atau jahat. Setiap amalan baik, dijanjikan pahala tertentu oleh Allah SWT. Namun berapa ramai orang yang tahu apakah ganjaran khusus kepada amalan-amalan sehariannya berdasarkan al-Quran atau hadis Rasulullah SAW?


Buku ini akan mendedahkan amalan-amalan mudah untuk mendapatkan pahala berganda berdasarkan nas Quran dan hadis Rasulullah SAW. Sangat mudah untuk dibaca serta difahami, kerana setiap amalan yang disebut akan diberi rujukan nas Quran, atau hadis selepasnya.


Buku ini mengumpul lebih 100 amalan mudah tidak termasuk amalan zikir-zikir mudah. Ia dibahagikan kepada 3 bahagian utama, iaitu pertama amalan lisan, iaitu zikir, istighfar & selawat. Bahagian kedua ialah amalan perbuatan. Manakala bahagian ketiga pula ialah amalan sunnah Rasulullah SAW yang mudah untuk diikuti. Setiap amalan yang dinyatakan disertakan ayat al-Quran atau hadis sebagai rujukan. Hadis yang disertakan (lebih dari 200 hadis) akan memberi contoh-contoh kebaikan/ kelebihan tentang amalan-amalan mudah yang disebutkan. Semuanya insya-Allah mudah dan mampu dilakukan oleh semua orang!

 

 

Apa yang ada dalam buku MUDAHNYA MENGUMPUL PAHALA??

* Dalil-dalil Quran dan hadis tentang galakan untuk mengumpulkan pahala di dunia;

* Zikir-zikir mudah yang dijanjikan pahala berganda;

* Contoh-contoh Istighfar mudah serta ganjaran pahala yang dijanjikan Allah SWT;

* Jenis-jenis selawat serta ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT;

* Amalan-amalan mudah seharian yang dijanjikan Allah SWT ganjaran pahala yang besar;

* Amalan-amalan sunnah mudah Rasulullah SAW untuk menjadi ikutan serta amalan umat Islam;

* Doa-doa mudah yang diajar serta diamal oleh Rasulullah SAW buat umat Islam berdasarkan hadis sahih;

* Dalil (hadis) kepentingan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW;

* Waktu-waktu mustajab berdoa dan beramal;

* Dalil-dalil khusus dan terperinci tentang fadilat setiap amalan berdasarkan nas quran dan hadis sahih;

* DAN BANYAK LAGI.. 

 

BUKU INI UNTUK SIAPA?

Buku ini sesuai dijadikan ‘kitab kecil’ untuk setiap orang, lebih-lebih lagi setiap rumah kerana ia sesuai dan relevan untuk semua golongan. Amat sesuai buat ibu bapa menggunakan buku ini sebagai ‘buku wajib’ sebagai ulangkaji bersama ahli keluarga. Golongan asatizah juga boleh menggunakan buku ini, dengan memilih isu-isu yang sesuai sebagai satu bahan tazkirah kepada masyarakat.

 

Dakwah tidak selalunya tentang isu-isu besar, namun lebih penting tentang isu-isu yang dekat dengan masyarakat. Buku ini insya-Allah akan dapat membantu kita semua dalam menambah baik ibadah kepada Allah SWT. Semoga cara dan amalan kita dalam menambah berat timbangan pahala di akhirat mendapat suntikan ilmu dan semangat baru melalui buku kecil ini.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BUKU WASIAT BUAT ANAK: BERSEDIA MELAWAN JIN! 


Apa yang ada di dalam buku ini?

Masyarakat kita mudah teruja dengan isu jin, namun tak ramai yang mempunyai ilmu yang betul menurut Islam. Buku ini cuba memberi maklumat penting tentang kejadian jin serta isu-isu penting berkenaan makhluk ini agar mudah difahami oleh semua golongan masyarakat.

Kita mungkin biasa mendengar atau membaca cara-cara melawan gangguan jin dalam buku atau ceramah-ceramah sebelum ini. Ilmu Islam ini tidak asing dan diajar sejak zaman Rasulullah SAW, namun yang berbeza buku ini ditulis berdasarkan pengalaman, ilmu dan pengalaman penulis serta beberapa perawat rawatan Islam yang amat dekat dengan bidang jin dan makhluk halus. Jadi buku ini adalah sumber ilmu dan pengalaman dari ahli dalam bidang jin!


Kenapa perlu bersedia melawan jin?

Kerana jin sejak dari awal memang merancang untuk memesong dan menyesatkan anak Adam! Jin yang dimaksudkan di sini adalah jin jahat dan kuncu-kuncunya. Tiada masalah dengan jin yang baik. Di kalangan mereka juga ramai golongan jin muslim yang taat, alim dan soleh. Maka perlu bagi kita mengenal mana jin yang baik dan mana yang tidak baik.


Sedarlah bukan hanya anak-anak kecil biasa diganggu jin jahat,

Bukan hanya pelajar, orang perempuan, orang sakit sakaratul maut yang kerap diganggu jin,

Bukan hanya yang masuk hutan, lalu kawasan kubur, masuk rumah lama, dan semua tempat ‘keras’ yang ada potensi diganggu jin.

TETAPI hakikatnya jin jahat menganggu SEMUA MANUSIA SETIAP MASA DAN TEMPAT (dengan izin Allah SWT), hatta di dalam rumah dan di dalam masjid!


LAGI APA YANG ADA DI DALAM BUKU BERSEDIA MELAWAN JIN...

* Mendapat penjelasan perbezaan antara jenis jin seperti syaitan, iblis, dll

* Mengetahui di mana tempat-tempat jin tinggal/berada di dunia ini, berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadis.

* Penerangan jelas bagaimana cara-cara melindungi diri secara menyeluruh dari gangguan jin jahat?

* Doa-doa mudah sebagai pendiding dari gangguan jin jahat

* Ayat rukyah khusus untuk gangguan jin jahat

* Ketahui amalan-amalan menjauhkan dari gangguan jin

* Ketahui nasihat-nasihat Almarhum DATO’ DR. HARON DIN tentang isu jin

* Ketahui bagaimana cara merawat gangguan jin berdasarkan beberapa kisah benar yang dikongsikan

* Beberapa kisah benar TG Dato’ Harun Din merawat pesakit gangguan jin!

* Insya-Allah anda boleh ‘merawat’sendiri diri anda! (Itu yang lebih afdal)

* DAN BANYAK LAGI..  


Apa yang lain tentang buku ini?

Satu ilmu yang jarang atau mungkin tidak pernah diterbitkan ialah buku ini turut memuatkan beberapa nasihat dan ilmu penting almarhum Tuan Guru Dato’ Haron Din (TGHD), pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) berkenaan jin dan isu-isu yang berkenaan. Ia sebagai satu penghormatan besar penulis kepada almarhum TGHD dan satu usaha menyebar luas ilmu-ilmu beliau yang tak ternilai pentingnya.

Antara isi kandungan lain yang menarik dalam buku ini, dipaparkan beberapa kisah benar gangguan jin terhadap manusia berdasarkan pengalaman almarhum Tuan Guru Haron Din, penulis serta perawat-perawat Islam yang lain. Jenis-jenis gangguan yang dihadapi pesakit kerap kali berlaku dalam masyarakat Islam kita. Ia juga antara masalah-masalah gangguan jin yang biasa dan sering berulang dalam masyarakat. Insya-allah semoga kisah-kisah tersebut menjadi panduan buat semua pembaca.


Siapa Penulis?

Penulis dilahirkan di Kampung Banggol Kuin, Pasir Mas, Kelantan pada 1971. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut pada 1978 sebelum memasuki sekolah menengah aliran agama arab dari tahun 1982-1988 (SMA Agama Arab Al-Khairiah Banggol Setol, Pasir Mas) dan SMA Maahad Muhammadi Pasir Mas (1989-1990). Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Petaling Jaya dari tahun 1990-1996. Penulis menamatkan pengajian di UIAM pada 1996 dalam bidang Ilmu Wahyu dan Warisan Islam.

Penulis juga merupakan pengamal perubatan Islam dan ahli Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’). Beliau mempunyai ijazah Pengubatan & Perubatan Islam daripada Darussyifa' (2014), dan berpengalaman membantu almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (TGHD) serta ustaz-ustaz Darussyifa’ merawat pesakit di Darussyifa’ Bangi sejak 2013. Bermula 2019, penulis juga telah mendapat tauliah mengajar (rawatan Islam) daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Beliau masih membantu merawat orang ramai yang memerlukan rawatan perubatan Islam sehingga ke hari ini.


Apa kata YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri- Hal Ehwal Agama (Mantan Mufti Wilayah Persekutuan)?




 Insya-allah semoga buku ini menjadi asbab untuk kita menambah baik pegangan aqidah dan amalan ibadah kita kepada Allah  SWT, kerana itulah matlamat utama kita dijadikan sebagai khalifah di dunia ini.

Wallahu a’lam. Jazakumullah buat semua yang terlibat dan yang membeli buku ini.



HARGA ISTIMEWA RM50!!
HARGA ASAL RM60/ RM62
& Kos Penghantaran Percuma

UNTUK Belian Kombo!!
(Buku Mudahnya Mengumpul Pahala
& Bersedia Melawan Jin!)

KOS PENGHANTARAN PERCUMA!

(Di Dalam MALAYSIA shj)

 Untuk Pembelian 2  Naskah ke Atas
Dan Belian Kombo Seperti di atas 

(SEMENTARA STOK MASIH ADA)



Pertanyaan